takziah

Pagi ini test EIS, kepala ak kosong. Setadi tu memangla. tp, still tak rasa apa. Nervous pon tak. Memang pelik~. Hati ak melonjak gembira apabila Nerdie ajk breakfast. Ak memang suka breakfast!hee Seketika sebelum keluar dari bilik, tetiba ak mendapat sms yg diforwardkan oleh kawanku. SMS tersebut dihantar oleh ayah arwah.


Terima Kasih salam pakcik kepada semua warga UTP. Alhamdulillah semua keadaan fizikalnya semasa sakit kembali normal dan sangat2 ceria. Nor Hafsah dikebumikan di Kuala Berang Trg. Wassalam. -Pakcik-


alfatihah.
Semoga roh Echa (aka Acha) ( Nor Hafsah binti Mat Nor ) di cucuri rahmat oleh Allah s.w.t. Semoga beliau digolongkan dalam golongan orang2 yang mendapat syafaat Rasulullah s.a.w.

Pemergian beliau sangat tidak disangka. Panggilan Tiqah untuk mengesahkan nama penuh Echa pada petang rabu itu tidak kusangkan memang benar pelajar UTP yang dimasukkan ke ICU itu adalah Nor Hafsah binti Mat Nor. Aku agak terkejut dan memang tidak menyangka. Cerita lanjut yang diperoleh dari roomate beliau telah mengukuhkan lagi evidence dan sekarang aku dapat tahu cerita sepenuhnya. Bagi aku, arwah adalah seorang yang sangat baik hati dan tidak sombong.



p/s: Jauhi hasad dengki




0 comments:

Post a Comment