less is more

Hi all...

tak kesah la. hi kepada semua. silent reader ke outspoken reader ke. just hi

Hey, loads of things to tell about. So many things sampai tak tahu mana nak start.

Well, lets start with home.... grrr last week was fantastic! Since we were small, we were taught to respect people, be responsible, and being humble. Iya, saya pendiam. but, i am an observer. sedih dan pedih. aku mengagumi dia. walau di hina, di pinggirkan, mahupun dianiaya. dia tetap tabah dan percaya kepada satu. satu pertalian yang kononnya pengikat, tapi pada hakikat, dia menangis di dalam hati. aku sebak. mengagumi ketabahan dia. aku tidak menyangka ia sungguh penting bagi dia. sampai aku lupa. lupa, sebab aku memang gila kerja. aku tidak merancang untuk meninggalkan kerja kerana aku tidak sedar betapa pentingnya ia bagi dia. melihat sesuatu itu melalui matanya, aku percaya, dia sangat mementingkan itu. Akhirnya aku membuat keputusan untuk menemani dia dan mengabaikan kerja. kerana, aku juga percaya pada satu pertalian itu. aku percaya bahawa satu pertalian itu amat penting bagi dia. maka, begitu juga aku. kerana, dia dan dia adalah orang yang aku contohi dari kecik. kerana dia dan dia adalah yang terbaik dalam hidupku

Less is More.

Inilah yang diajar kepadaku dari kecil hingga besar. sehingga aku dapat belajar segalanya. yang mana, aku sedar bahawa ilmu kehidupan bukan sahaja dapat dipelajari daripada pengalaman sendiri. melalui pemerhatian juga amat penting. atau juga malalui pengalaman yang dialami atau dilakukan oleh orang lain. buka minda buka hati. yess! diversity sangat penting.

Dan

Kenapa? memang lumrah manusia. tidakku sangka. semut di seberang laut lagi jelas dari gajah di depan mata.  bukan untuk menuduh atau menuju. hanyalah detik di hati. sampai bila dapat ku bertahan? lagi diam, lagi dipijak. lagi merendah, lagi dihina. sedarkah kamu apa yang membezakan manusia di sisi Allah? amal & ibadah. bukan hak kita menghukum. yang miskin dihina diherdik dicaci dijauhi. yang kaya diagung-agungkan. siapa tak mahukan kesenangan?

buat A salah, buat B salah, buat C salah. ada je salah. tak boleh ke hormat orang tu sebagaimana kita nak dihormati? kita semua sama. yang menilai itu Allah. kalau kita boleh benarkan hati kita untuk berkata ya kepada yang tidak, kenapa perlu bersuara bila orang lain juga melakukan yang sama. again, manusia semua sama. tak usah banding dan membanding. tidak cukupkah apa yang ada?

bila tiba masanya akan ku suarakan. mungkin tak perlu kuceritakan matlamatku sebelum kamu menghukumku. bara yang kugenggam dari kecil, biarlah aku saja yang tahu. iya, aku dan tuhanku. tuhanmu jua.