Popiah Cheese Flakes

Announcing the arrival of Kruk Krak.

Apa itu Kruk Krak??

Popiah Cheese Flakes. HOMEMADE. FRESH.

Sangat BERHANTU!! Sekali hadap je dah boleh abes terus okeh!!

To order : Keyla 017-5699964


Selamat Hari Jadi Umi



Family Potrait

[Back Row-From Left] Syamima, Atiqah, Syahmi, Syafiq, Khairie, Syakila
[Front Row-From Left] Syafiqa, Adam, Norizan, Misran, Suhaili

Hari Raya Aidilfitri Pertama Adam Arsyad


Rezeki tahun ni takda baju raya baru untuk Mama & Ayah.

Untung Ayah sebab dapat Mama. (Ahaha puji diri sendiri).

Baju raya pertama tema pink sebab adik ipar baru je kawen. Ayah pakai baju sama. Baju Aaron Aziz yang beli dekat Jakel. Mama terpaksa beli baju baru sebab masa wedding tu Adam tak keluar lagi dari perut Mama, so baju Mama masa wedding adik ipar tu adalah baju maternity. Maka, Mama terpaksa beli baju,

Yang paling untung, Adam...sebab Adam dapat dua baju baru. Rompers baju melayu. Warna Merah & Warna Hijau.

Hari kedua pulak tema hijau sebab, wedding Ateh. Masa wedding Ateh nenek dah jahit baju cantik punya. Kali ni nasib baik, sebab wedding Ateh masa Adam dah keluar dari perut Mama and nenek jahit baju nursing paling gempak untuk Mama. Thanks nenek. :)

Oh ya, kali ni giliran raya kat Putrajaya. Raya kedua malam tu terus shoot balik Perak. Raya dengan Atok & Opah pulak.

First raya Adam dengan Mama & Ayah

First Raya Adam dengan Atuk & Nenek

First Raya Adam dengan Atuk & Opah




Mama pergi Site

Last week was quite a tragic week when Mama went for a site visit at east coast of Malaysia for 2 days 1 night. First, Lemongrass Project Site at Gebeng, then, Acid Plant, also at Gebeng, and then the next day was TGAST at Kerteh. OMG, memang cabaran. Nak kene keep up dengan pumping lagi. Others might not understand my situation unless she is also a fulltime breastfeed Mama. They don't really get the important of keeping up the EBM and so on. Alhamdulillah, Mama  managed to be creative and keep up with the process of pumping and keeping the EBM. Alhamdulillah Allah tolong Mama.

And, untuk dijadikan cerita, that night, lepas pumping process, Mama called Ayah to ask about Adam. Unfortunately, he was crying non-stop. Terus Mama letak fon. Dah tak sanggup nak dengar Adam nanges lelama. Usually, after get home from work, Mama and Adam will lie down in front of TV while breastfeeding him. And, that day, suddenly, he did not find Mama. Even, when Ayah brought him to the bedroom, he cried after noticing Mama was not there. Kesian Adam. Anak Mama sangat ni.

Thus, that night, sangatlah mencabar untuk Ayah. Ayah kata tak dapat tido pon. Sebab Adam nanges tak henti. Bila dy dah letih nanges, baru tertido. But, then bila terjaga balik, dy akan sambung nanges. Bila dah dahaga sangat baru dy minum susu. Kesian anak Mama. First time, berpisah dengan Mama.
Kesian jugak dekat Ayah sebab nak kene struggle ngn Adam. Takpe, Mama tahu Ayah Strong k.

#MamaStrong
#AyahStrong
#AdamGoodBoy
Nampak tak panas dy tu. Mama tak boleh bukak mata and tak boleh senyum pon Adam. 


My Husband Is A Good Cook

Oh my, tajuk entry dah macam novel kan. These time around, Adam Arsyad start untuk taknak dengan orang lain selain Mama okay. Even dengan Ayah pon Adam akan nangis dan nangis until Mama amek, dia akan automatically stop crying. Can you imagine? Hati Ibu mana tahan dengar anak dy nanges. Hajat di hati, nak masak today. Tapi disebabkan Adam dah nangis dan nangis, tugas memasak terpaksa bertukar tangan. Tengah-tengah masak tu tukar shift dengan Hubs. Hajat di hati nak sangat makan Lala masak pedas. Tu yang sanggup singgah MydinMart lepas amek Adam from babysitter. Huhu

Dah siap masak tu, fuhhh....bukan main sedapnyaaaaaaaa!!! Licin sepinggan Lala Mama makan sorang. Ayah punya portion, macam biasa, quarter chicken. Pon, masak pedas. Well, his favorite. Nasib baik suami tak cerewet sangat. Satu lauk pon dah cukup. Tak sempat dah nak buat lauk lain. Makan pon dah bergilir-gilir sekarang ni. Unless, kalau Adam tido la kan. Tapi tak mungkin! Dy akan tahan mata selagi boleh main. Selagi lampu on. Selagi dengar orang bercakap. Tahu??

Lagipon, memang Mama kempunan dengan Ayah punya masakan. Masa Mama pantang pon, the next 3rd and 4rth week of pantang, Ayah yang masak untuk Mama. Before left for work, Ayah akan masak dulu, then, baru pergi kerja. Yes, Mama know it was tiring, but, Mama just cant move on sebab Ayah masak sedap sangat walaupun lauk pantang okehh!! Untung Mama kan. =P




Perjuangan Untuk Adam Arsyad

Setiap hari gigih pergi pump. Awal2 rajin pergi pump 3 kali sehari. Tapi lama kelamaan dah jadi 2 kali. Masa awal-awal masuk kerja tu memang sakit bengkak susu sebab susu masih banyak. And baru nak beralih dari all time breastfeed to limited time, which is after work only.

Banyak jugak kaji and study macam mana nak maintain susu banyak. Product milk booster pon banyak dijual. Tapi, me tak beli atau guna pon. Ade try once, tapi macam takde perubahan pon. So, akhir sekali redha dan tawakkal je. Yang penting makan kene cukup dan cukup nutrisi. Bila breastfeed ni memang cepat lapar. Serious.

Banyak tips yang boleh dikongsi untuk banyakkan susu badan.

CARA BANYAKKAN SUSU BADAN

1. Makan sayur yang banyakkan susu  seperti bayam, kobis, sawi, dan lain lain
2. Minum V-soy boleh didapati di speedmart atau mana-mana kedai runcit (done - memang susu cepat penuh)
3. Stay calm and happy :) Kalau rasa cam ade masalah atau stress tu, terus tukar mood. Lagi praktikal kalau tengok gambar baby. Demi Adam, terus tune balik kepala taknak bagi stress. Kalau stress atau nangis memang betul susu jadi kurang.
4. Pump guna Manual Pump Avent - Applicable to certain people. (to me, not applicable)
5. Makan atau minum milk booster yang dijual (contoh : moeder, shaklee ESP)

Anyway, ada banyak lagi cara lain untuk menambahkan susu badan sebagai panduan para ibu. Kepada para suami, please be supportive. Tolong basuh pump, tolong jaga mood isteri, dan macam-macam lagi. Bila kita susukan anak, badan kita memang cepat lapar dan letih. Sebab every night nak kene bangun untuk susu kan anak.

Alhamdullah, thanks to Allah sebab ayah Adam Arsyad sangat supportive.


After pumping process kat surau

Stock susu in freezer

Happy Bath Time - Adam yang suka mandi

Babysitter

It has been 2 weeks since Adam with the babysitter. Everything seems fine. But, I was abit nervous. Well, you know. I wish I am a fulltime housewife and a part time engineer or business woman who work from home. And so, I can take care of my own babies. Well, let the time decide on its own. For now, I just have to follow the flow.


 

Homemade Chicken Ball

Alkisah terlebih rajin that day. Kita main masak-masak dengan husband. Bukan main semangat lagi nak buat homemade chicken ball. Tengok resepi macam senang je. Husband ni kalau kita nak masak, dia makin semangat..sebab dia memang suka makan kat rumah. Lagipon chicken ball ni boleh buat banyak-banyak, then simpan dalam fridge. Bila balik kerja, senang, just fry. Nasib baik, Adam behave. Sekarang ni, kalau ada masa nak masak pon, waktu wikend jela. Sebab, during weekdays, memang dah tak sempat. Sampai rumah dah maghrib, pastu Adam plak dah pandai nak ngempeng je. Mama dia nk buat kerja rumah pon tak berapa nak sempat. Nasib baik Ayah memahami and rajin tolong Mama kan.

Adam yang behave, main dengan first toy dia.







Haha...after masak tengok2 dah macam ni. Semangat nak pusing-pusing.

Adam is 3 months old

As usual, every month, need to go to the clinic for check up and get Adam vaccinated. Biasanya memang ramai. Sampai pukul 9, pukul 11 lebih baru abes. Hmm Kali ni pergi sorang je sebab Husband busy dengan projek baru. Kene buat sort of a computer. Me pon tak paham sangat dengan kerja dia. Orang yang tinggi sabarnya je boleh main dengan coding ni kan. If me, tgk 5 minit pon dah rasa nak muntah. Haha...

And so, after check up ingatkan nak surprise kan nenek. Terus balik rumah Putrajaya. Nenek rindu sangat dengan Adam sebab Adam dah start stay dengan babysitter this month. Sampai je Putrajaya, haha tengok-tengok nenek tak ada. Rupanya nenek pon pergi klinik tak balik lagi. Bila nenek sampai rumah dlm pkl 1 tu terus nenek terkam Adam, tak sempat nak bukak tudung lagi kan. Hehe



Selepas rehat kat rumah kejab, nenek ajak pergi Alamanda sebab nak bayar bil Digi. So, Mama pon bawakla Adam pergi jalan-jalan. Then, singgah makan di Food Court. Nenek dan Atuk teringin nak makan sizzling kan.


Back to Work after Maternity Leave

Maternity leave has ended last week, and I have started working. Back to work bebeh!!

Two months is not enough. Really not enough.

So, untuk sebulan Adam akan dijaga oleh Nenek. He's just two months old. Macam tak sampai hati nk hantar kat pengasuh. Lagipon tak jumpa lagi pengasuh nya.Yang ada kat bawah rumah tu nak charge RM450. She has 3 kids. Standard 5 & 3 and the last one baru 1yr old. Which is I can consider anak kecik-kecik lagi. And mengasuh 1 baby boy. Its not that I am underestimating her capabilities in handling 3 kids and 2 babies at the same time. It is just that, I want my son to get enough attention from the babysitter and so dy boleh fokus to my son bila Adam perlukan perhatian or anything.

Let say, if the other baby cry, and Adam pon cry nak susu...and her daughter pon cry nak susu. I believe, he will put her kid as priority. In the end, it is not only about money.

So, this one month, Adam, Mama, & Ayah kene bertabah lah ya! Bangun awal pagi sebab Ayah kene hantar Adam ke Putrajaya dulu then baru la boleh pergi kerja kt Puchong. Such a long journey for Adam & Ayah. Husb redha je kaki lenguh sebab tempuh beberapa kali jem. Kesian Ayah.




Our First Day Out

Fuh...setelah sebulan berpantang di rumah. Me gian sangat nak keluar jenjalan. Even pada hakikatnya, masa wedding Ateh tu masih belom habis pantang. Tapi, tu la...still nak buat itu ini terbatas.

Dah abes pantang tu, that weekend terus balik kampung. Kami dah rindu sangat nak balik Kuala Kangsar. Yelah, sejak dah sarat mengandung tak balik...so almost 2months tak balik. Huhu

So, the other weekend tu apa lagi. Terus ajak Husb keluar jenjalan. The whole day keluar. Pengalaman first time bawak Adam keluar jenjalan. Kekok la sket. Haha Bila dok dalam stroller tu dy diam je kalau ditolak. Tapi, kalau stop dy nanges. And ada part dy dah lapaar tu menggagau la cari tempat nk breastfeed. We went to IOI City Mall. Cesh...langsung tak Baby Nursing Friendly. Biliknya kecik je, ada sofa 1 seater sebijik and tempat basuh berak sbijik. OMG....nak cater beribu-ribu customer yang ada baby kecik, macam  ni je dy layan. Not so good la I think.

Since today semua orang free and my *niat untuk belanja family Seoul Garden belom lepas. So, today is the day. Anyway harini jugak adalah birthday Along. So, alang-alang tu celebrate. Alhamdulillah...lega rasanya. Akhirnya dapat jugak belanja family makan Seoul Garden. Fuhhh....0.6k jugak weh.

Yang penting, kitaorg jenjalan sampai tutup kedai okeh. Walaupun sedih jugak la sebab tak dapat satu pon barang yang kitaorg carik. Huhu next week dah start keje babe!!





His Name is

Our bundle of joy;

Name : Adam Arsyad
DOB : 3/1/2016



A cute baby boy was born!

First of all I would like to say thank you Allah for this precious gift!

Alhamdulillah I have safely deliverred a baby boy on 3rd January 2016, 8.24am at Hospital Umra, Shah Alam.

Well, it was a long story to tell about the delivery. I will make it short.

On the 2nd January, on my husband's birthday, we went for the check up since on our last check up, the doctor asked us to come back for a check up in another 2 days. So, dalam pkl 11pagi baru keluar rumah. Since belum breakfast and perut dah lapar, we had lunch first then baru pergi check up.

So, there it goes...check up dengan Dr. Niraj. Bila dah scan sume, Dr kata air ketuban makin kurang. Thus, dy advise us to admit by today evening and induce since takot baby lemas. So, after the consultation session semua, kita org balik and get ready. Apa lagi, called up my cousin tanya macam mana nak bagi jalan senang bukak. My auntie advise suruh makan telur mentah. Apa lagi, dengan tanpa berfikir panjang aku pon makan la. Siap dua biji lagi.. rasa macam nak muntah! Sambil tu, husband ngaji surah mariam.

Then, dah petang tu, kita org get ready and keluar. We had dinner at SACC Mall then terus pergi UMRA. Well, masa tu tak tahu nk pikir macam mana. Betul ke? Tak ke? As if like this is too soon. Sebab due date delivery supposed to be 14 January 2016. Well, macam tak bersedia pon ada. At first we thought of getting the second opinion dekat Putrajaya. Tapi, fikir balik, kalau kene admit nanti susah plak. Dah la nanti later on nak pantang kat Shah Alam. So, ntah macam mana last skali kitaorang buat decision untuk go for UMRA.

After admitted, we proceed for another scan and also CTG. Everything seems fine. So, dalam pukul 11malam, Dr. Karamjit datang induce. OMG! Rasa macam takde pape pon. Tunggu punya tunggu dalam pkl 4 lebih baru start sakit. Contraction every 6minutes plak tu. Cakap kat husband, sakit sangat dah  ni. Then, husband g cakap kat Dr. Then, dalam pkl 6 baru Dr Karamjit datang and tolak me to labour room. Again check CTG sebab nak make sure jantung baby is okay sambil tu dy bagi drip. Well, makin lama rasa makin sakit. Dr kata graph kt CTG tu not nice. Kalau in half an hour tak berubah, she has to pecahkan ketuban. We did not know apa yang terbaik actually. So, just ikut apa yang Dr. cakap.

Thus, Dr pon pecahkan ketuban, and she said patutnya dah bukak jalan for the baby untuk keluar kan. After check jalan sume, still not so much. And jantung baby dah lemah. Immediately Dr kata kene operation kalau tak nanti baby lemas. Of Course la kitaorg panic and just hope that she can do her best to save the baby. Husband pon takley nak cakap apa. Terpaksa proceed. Kalau tak baby lemas.

So, they prep me to go to OT. Siap suh kita salam ngan husband before masuk OT sebab it was considered as major operation, so husband tak boleh masuk. Lepas dah tolak masuk OT, pakar bius pon jalankan kerja dia dengan membiusku. Then, Dr. Niraj datang untuk operate. Yes, masa operate tu memang tengah sedar. And I can smell my fat was burning. Tapi lepas baby keluar tu, baby tak nangis. Semua senyap je. Sebab takot pape jadi kat baby tu. But, after 3minutes, the baby cried. Wah! Rasa macam hilang semua sakit bila dengar my baby nanges. Then, dia cucuk ubat lali bagi tidur. Sebab dah banyak darah keluar, and I was too tired.

Lepas tu sedar-sedar masa dorang dah tolak masuk ward. I can see my mom's face and my other family members. Tapi, very blurry sebab still lali.

Maka selamat lah lahirnya seorang bayi lelaki. Hadiah yang terindah dari Allah untukku dan suami.

Rasa sangat bersyukur and tak tahu dah macam mana nak ucapkan. Sangat bersyukur.


Third Trimester

Bila dah masuk 3rd trimester ni letih dy macam lain macam. Letih sangat. Nak drive pon malas.

Since baby dah cukup 28 Weeks, we decided nak buat 4D Scan and live video tu. But, since tak sempat week 28 tu, we scheduled for week 29. Okaylah tu, tak lari sangat. Recommended buat 4D scan is during week 28 - 32. So, i have booked with Sonoworld, which is this place is in Ampang. Ntah kenapa rajin sangat nak g buat kt KL kan.

So, actually that wikend, we went to Melaka. Thus, on Sunday morning tu we shoot straight away from Melaka to Ampang. Sampai kat sana dah lambat sikit. So, terpaksa lah tunggu kejab. Then, during my turn tu, baby plak taknak bangun. Tido je. Walaupun dah kejut, dy still taknak bangun. Sonographer yang baik hati tu pon dah tak tahu nk kejut macam mana. Then, dy suruh kitaorg pergi makan dulu. After half an hour baru datang balik. So, ktorg pergi makan. And I ate chocolate bar after that, sebab nk bagi baby hyper. Tapi hampeh...takla jugak bangunnya. Maybe baby penat sebab jalan jauh before that. Nasib baik last-last skali dapat la capture pic baby. Siap ada gambar baby buat peace lagi.

Then, this third trimester ni memang bertambah tak laratnya. Malas pon nak masak. So, back to activity lunch kat luar. Biasa kalau masak tu senang la, tak payah nak keluar lunch bagai. Sian husband, sebab dy suka makan kat rumah. especially kalau wife dy masak. walaupun tak sedap. haha

So then, on week 36 tu dah start check up kat Umra. Me pon dah tak larat nk p check up kat Putrajaya. I can say the service there is quite professional but I miss check up in Putrajaya as the nurses there are very concern and details. Maybe setengah orang tak suka, but for me, it is good sebab untuk kebaikan kita jugak kan.

Dah tu, we decided untuk start check up kat Umra sebab sebelum tu we went to Putrajaya Hospital to book on FPP nak deliver kat situ. Tapi tetiba dorang cakap dah full. That is why, lepas tu decided to go to Umra.

On week 38 during our usual check up tetiba doctor kata air ketuban dah kurang. And, I was asked to come back for check up another two days. Then, kitaorg pon datangla after another two days. The doctor said, air ketuban makin kurang. Why? The doctor said maybe baby tak kencing. Kalau air ketuban makin kurang, baby akan lemas, so the doctor urge us to admit by that day jugak.

Kisah pasal delivery, nanti on the next entry.

Peace!!